Sunday, October 2, 2011

Ilmu Itu Kegelapan Hati..

Ilmu itu kegelapan hati..
Bila kekeruhan dosa menjadi lumut kotoran yang berkumpul di hati..
Dicampuri ia dengan makanan yang syubhah lagi haram..
Sehingga ilmu itu sendiri terasa susah hendak difaham..

Ilmu itu kegelapan hati..
Bila keredhaan ibu bapa tidak engkau miliki..
Jauh sekali mengharap keredhaan Maha Pencipta alam..
Lalu hatimu itu menjadi suram..

Ilmu itu kegelapan hati..
Bila ia terlalu mencintai sesuatu yang tidak hakiki..
Hati sering terdorong kepada ciptaan yang mengagum..
Namun melupakan bahawa hanya keagungan Allah selayaknya digamam..

Ilmu itu kegelapan hati..
Bila hati tertutup dek tradisi yang diwarisi..
Tanpa dibatasi ia dengan syariat Islam..
Ta'asub dan ketidakbukaan pula menjadi barang yang disulam..

Jika sudah dimengerti bahawa ilmu itu kegelapan hati..
Terangilah ia dengan sinaran Ilahi..
Jadilah ibarat resminya padi..
Semakin berisi, semakin tunduk ke bumi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts