Sunday, September 25, 2011

Kebahagiaan Itu

Kebahagiaan itu,
adalah harapan setiap individu..
Baik pasangan bercinta mahupun suami isteri,
kebahagian itu pasti sesuatu yang amat diimpi...

Namun begitu,
adakah nilaian wang yang berjuta,
pangkat besar yang dicipta,
isteri cantik atau suami kacak yang tercinta,
atau banyaknya harta benda,
bisa membuatkan kita bahagia..??

Sesungguhnya..
Sebahagian tanda bahagianya hidup manusia,
Allah senantiasa ada di dalam setiap geraknya...

Kebahagian itu, akan hadir bila..
Diri menjauhi sesuatu yang haram atau bersubahat dengannya..
Diri selalu bersahabat dengan orang baik dan soleh peribadinya..
Diri berbelas kasihan dan memberi manfaat kepada makhluk Allah dengan saksama..
Diri merendah serta tidak takbur dengan harta dan kedudukannya,
dengan bersifat dermawan dan mulia..

Suburkanlah benih-benih kebahagiaan itu..
Bercakaplah bila terasa perlu..
Kuatkanlah kemahuanmu, perbanyakkanlah ibadatmu,
dengan mendirikan solat dan melazimi bacaan Al-Quran yang suci itu..
Serta berwaspadalah di dalam mengurus urusan akhirat dan matimu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...