Thursday, November 10, 2011

Wahai Para Pencinta Agama..

Wahai para pencinta agama..
Usah lagi kita terus terleka dengan nikmatnya dunia..
Mengertilah bahawa tidak akan majunya sebuah kilang tanpa pekerja..
Begitulah tidak akan tertegaknya Islam tanpa para pembelanya..

Islam itu mulia bila mulia para penganutnya..
Islam itu kuat bila kuat kerja dakwahnya..
Islam itu kukuh bila kukuh urusan tarbiahnya..
Islam itu tinggi bila tinggi keazaman pejuangnya..

Namun sejauh mana diri sudah dipersiapkan bagi memenuhi tuntutannya..??

Wahai para pencinta agama..
Ilmu itu senjata utama..
Hadamilah diri dengan aqidah dan syariat agama..
Persoalan akhlak jangan pula dilupa..

Islam itu tiada lengkap tanpa wujud perlembagaan..
Islam itu tiada tertegak tanpa panji pemerintahan..
Islam itu tiada sempurna tanpa payung berjamaah..
Islam itu tiada keindahan tanpa panduan Al-Quran dan As-Sunnah..

Maka untuk agama mulia..
Lengkapkan diri dengan ilmu akhirat serta dunia..

Wahai para pencinta agama..
Fikiran yang suci itu sifatnya orang bijaksana..
Batasilah ia dengan panduan hidup beragama..
Akan senang diharungi perjuangan tanpa dipaksa..

Islam itu tanda kekuatan..
Islam itu bukan lambang kelemahan..
Islam itu senantiasa memberi peluang..
Islam itu senantiasa berwaspada dengan ancaman mendatang..

Maka kutiplah segala pengalaman..
Yang ditemui di sepanjang perjalanan..

Wahai para pencinta agama..
Dosa itu penyebab kerasnya jiwa..
Sucikanlah ia dengan taubat nasuha..
Lalu lazimi diri dengan ketaatan kepada-Nya..

Islam itu indah dalam menanggung ujian dakwah..
Islam itu fitrah dalam merindui keredhaan Allah..
Islam itu penyeri dalam mentauladani jejak langkah Rasulullah..
Islam itu suci dalam menyubur sifat pemaaf dalam amarah..

Hiasilah Islam dalam budaya kepimpinan..
Jadikanlah ia sumber pengajaran..
Barulah dakwah mencapai sasaran......

1 comment:

  1. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts