Tuesday, September 20, 2011

Kerana DAMBA

Sememangnya..
Aku seorang yang tegas bila bersemuka,
Seorang yang petah bila berbicara,
Seorang yang ego bila meminta...

Tapi bersama DIA,
semua itu tidak ku rasa,
Kerana ia hilang tanpa petanda,
Sehingga aku sendiri tidak berupaya untuk mencarinya..

Apakah kerana DAMBA,
manusia bisa berubah perwatakannya..??

Apakah kerana DAMBA,
manusia bisa memperbaiki dirinya...??

Apakah kerana DAMBA,
manusia bisa menjadi lebih baik dari sebelumnya..??

Tanya HATI, koreksilah JIWA,
Kerana itulah sebuah hakikat aku sebagai pendamba kasihNya...

******
Dataran MADI
20 September 2011 / 9.33AM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts