Monday, September 19, 2011

Jika Dia Bersama Kami...

Wahai Tuhanku...

Kami telah lalai lupa..
Namun setiap dari kami tetap tamakkan,
KeampunanMu, dan sifat pemurahMu..
Dan kebebasan dari nerakaMu..
Dan juga syurga bersama-sama penghulu seluruh manusia...

Kami mohon padaMu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku...
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah kekasihMu masih bersama-sama dengan kami..
Akan terlunaslah segala hutang,
dan semakin hampirlah dengan haruman baginda; sebelum hilangnya..

Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasihMu..
Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan
Cahaya Muhammad tidak akan pernah sirna...
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan Yang Maha Memperkenankan doa hamba..

Hidayahmu kepada alam merata, meluas
Tanda hampirnya kasih sayang,Tuhan pemberi hidayah..
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah

Ku tebus diriku dengan dengan dirimu, wahai kekasihku..
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum...
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam...

Wahai kekasihku, wahai Muhammad..
Wahai pengubat hatiku..Wahai yang dipuji, dipuja..
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui,
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu...


( Diterjemah dari lagu tema rancangan 'Law Kaana Bainana' di TV Al-Hijrah )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...