Sunday, November 20, 2011

Cinta Sejati..

Umpama jasad yang memerlukan makanan..
Sebegitulah geloranya jiwa yang dambakan kebahagiaan..
Diberikan insan punya rasa suka dalam diri..
Menjadi naluri setiap hati yang mencari, erti cinta sejati..

Cinta sejati..
Hadir ia tanpa dipaksa..
Dipandu dengan akal dan mata hati..
Walau terkadang, tanpa pernah melihat dan bersua muka..

Namun yang pasti..
Tautan cinta adalah ikatan hati..
Bersatu ia kerana takdir Ilahi..
Bukannya nafsu yang membujuk diri...

Ciptaan teknologi yang bergerak menggunakan jana kuasa..
Tetap juga masih perlu dikawal pergerakannya..
Demikian juga cinta yang punya kuasa tersendiri..
Salah kawalan, terbabaslah hati..

Cinta sejati..
Hadir ia sebagai penyelamat, bukannya penyesat..
Hukum cinta tetap perlu dipatuhi..
Dibatasi ia dengan adab dan syariat...

Cintailah sesiapa yang diingini..
Asal ia berada di lorong yang akan membawa diri untuk terus mencintai Ilahi..
Resapilah hikmah cinta ke dalam diri..
Agar maksud penciptaan cinta itu dirasai...

Terbina cinta sejati kerana cinta Allah..
Kerana hanya Dia sebaik-baik tempat berserah..
Usah diletak cinta makhluk melebihi rasa cinta kepada-Nya..
Kelak pasti diri merana bila dikecewa..

Cinta sejati..
Tumbuh ia di atas tapak yang suci..
Teman beragama itu pencetus segala..
Akhlak dan keperibadian tinggi pula, dambaan hati... 

Ransangan inilah penyubur cinta..
Tidak berharap ia kepada luahan kata bermadah..
Gerak badan cukup untuk membuktikan segala..
Bahawa cinta sejati itu sememangnya indah...

Jika benar cinta kerana Pencipta..
Makin bertaqwanya diri kepada-Nya..
Namun jika semakin jauh diri daripada-Nya..
Itulah sebenarnya cinta dusta..

Cinta sejati..
Akan dilestari ia dengan ikatan pernikahan..
Kerana alam perkahwinan pelengkap bahagia..
Pengubat jiwa yang sering saja keresahan..

Andai dia jodoh yang dicari..
Pasti sampai akhirat cinta kan bersemi..
Pasangan beriman pendamping diri..
Sampai syurga cinta sejati.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts