Wednesday, November 23, 2011

Air Mata..

Begitu banyak air mata telah mengalir di dunia ini..
Dari mata mengalir perlahan ia turun ke pipi,
lalu terus jatuh ke bumi...

Mata itu kecil, namun airnya tidak pernah berhenti..
Seumpama aliran sungai yang mengalir ke laut tanpa pernah henti..
Dan nescaya jika ia ditadah, pastikan banjir muka bumi ini...

Bergenang air mata..
Kerana ia luahan rasa hati yang tercetus..
Berfirman Tuhan dalam kalam mulia, "Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan manusia tertawa dan menangis..." (An-Najm:43) 

Ada yang menangis, kerana lembutnya jiwa..
Ada yang menangis, kerana kecewa bercinta..
Ada yang menangis, kerana rasa gembira..
Ada yang menangis, kerana terlalu hiba..
Ada yang menangis, kerana berasa diri hina..
Ada yang menangis, kerana banyaknya derita..
Ada yang menangis, kerana inginkan simpati manusia..
Ada yang menangis, kerana mengikut-mengikut manusia..
Dan ada yang menangis, kerana sekadar berpura-pura..

Air mata...
Mampukah ianya memadamkan panasnya api neraka..??
Sedang Nabi telah pun bersabda, "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.."
                                                                                        
Maka carilah air mata yang bisa menyelamatkan dari neraka..
Seumpama air mata taubat Nabi Adam yang 300 tahun lamanya..
Tanpa mendongak baginda ke langit kerana tersangat takut dan hibanya,
terhadap keterlanjuran dosa..

Terus bersujud baginda di atas gunung penuh setia..
Lalu mengalir air matanya di jurang serandip penuh hiba..
Hatta Allah menerima taubatnya dengan kalam wahyu,             
"Wahai Adam sesungguhnya belum pernah Aku menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu.."

Air mata..    
                                                                        
Usah dititiskan kerana tidak tercapai cita-cita, itu sudah ketentuan Tuhan..
Usah dititiskan kerana menonton wayang, ia cuma sekadar lakonan..
Usah dititiskan kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukan jodoh yang ditetapkan..
Usah dititiskan kerana gagal dalam peperiksaan, ia terjadi kerana mungkin kurangnya persediaan..
Usah dititiskan kerana hilang wang di jalanan, sebab mungkin diri kurang bersedekah membuat amalan..
Usah dititiskan kerana tidak dinaikkan pangkat, yakinlah rezeki itu pemberian Tuhan..                             
                                                                                        
Tetapi..

Simpanlah air mata buat bekalan menginsafi diri..
Atas segala kecuaian yang melanda diri..
Serulah air mata di sebalik cermin diri..
Agar menitis ia mencuci hati..

Terlanjur diri melakukan dosa baru..
Jangan sampai ia mematahkan hatimu untuk mencari redha Tuhanmu..
Kerana boleh jadi ianya dosa terakhir yang ditakdirkan untukmu..
Teruslah berusaha agar cinta-Nya menjadi milikmu.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts