Ya Allah..
Jika dia teman hidupku yang menjadi pilihan di Lauhul Mahfuz-Mu..
Yakinkan hatiku untuk terus melayari bahtera cinta ini bersamanya..
Ya Allah..
Jika dia teman hidupku yang akan membimbing di titian sirat-Mu..
Tetapkan rasa redhaku atas segala perbuatannya..
Ya Allah..
Jika dia teman hidupku yang bakal menjadi peneman di syurga-Mu..
Labuhkan maafku akan segala silapnya..
Ya Allah..
Jika dia teman hidupku yang terbaik buat diri di dunia pinjaman-Mu..
Peliharakan kata-kataku daripada menyakiti perasaannya..
Ya Allah..
Jika dia teman hidupku yang merupakan jodoh yang diredhai-Mu..
Sabarkan diriku untuk menghadapi segala kerenahnya..
Ya Allah..
Jika dia teman hidupku yang menjadi rebutan para hamba-Mu..
Tunjukkan aku jalan terbaik untuk menghadapinya...
Ya Allah..
Jika dia teman hidupku yang selalu tergoda dengan keindahan ciptaan-Mu..
Kuatkan hatiku untuk terus membimbingnya..
Ya Allah..
Jika dia teman hidupku yang sering tewas dengan nafsu yang melalaikan daripada-Mu..
Tabahkan aku untuk memperbetulkan keadaannya..
Ya Allah..
Jika dia teman hidupku yang amat mencintai kesesatan daripada jalan-Mu..
Pandukan jiwaku untuk menyedarkan dia daripada terus terlena..
Ya Allah..
Jika salah aku dalam membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan kebenaran..
Jika lalai aku dalam tanggungjawab sebagai teman..
Hukumlah aku di dunia, bukannya di akhirat yang menyeksakan..
Jika ingkar aku daripada ketaatan..
Tunjuklah aku ke pintu kerahmatan..
Ketahuilah Ya Allah..
Aku hina tanpa pemberian-Mu..
Aku lemah tanpa pimpinan-Mu..
Aku cacat tanpa pertolongan-Mu..
Aku buta tanpa suluhan petunjuk-Mu..
Aku pekak tanpa sebaran wahyu-Mu..
Aku bisu tanpa panduan kalam-Mu..
Kerana sesungguhnya Ya Allah..
Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..
Engkau Maha Mengampuni atas segala dosa dan khilafku...

ya ALLAH jika dia teman hidupku..kau berikanlah kasih sayang kepadanya untuk diberikan kepadaku..
ReplyDeleteYa Allah jika benar di jodohku di dunia dan akhir..maka permudahkan jalan2 kami..jika dia bukan jodohku maka jauhkan la aku dari bersamanya..sgguhnya Engkau mngetahui akan sesuatu yg aku tidak ketahui..
ReplyDelete