Wednesday, March 28, 2012

Semalam Biarkan Berlalu

Semalam yang aku lalui
Bersama satu impian murni
Ku genggam erat sebagai satu petanda
Di hari muka, kelak akan tercapai jua

Semalam yang aku lalui
Bersama kegelapan sebagai teman
Kutangisi dan sesali
kerana leburnya impian itu

Namun semalam jua
Terpukau mata memandang cahaya nan terbit
Cahaya yang menerangi kembali kegelapanku
Petanda pengharapan impianku bersinar

Semalam sudah berlalu
Biarkan ia terus berlalu
Di hadapan sana aku terus melangkah
Bertemankan cahaya dari-Nya
Terima kasih wahai pencipta
Kerana temukan kembali aku dengan KASIH-MU...

Oleh:
Adibah Deeba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts