Tuesday, October 25, 2011

Cinta Itu Bukan Satu Perjudian

Cinta itu bukan satu perjudian.. Untuk menentukan samada kalah atau menang.. Namun ia adalah soal perasaan, dalam menentukan nilai kesetiaan dan ketulusan hati seseorang..

Namun masih ada yang menganggap remeh persoalan cinta.. Kerana kata mereka, "Tiada teguhlah pendirian hidup jika seringkali dikaitkan dengan cinta.."

Silaplah mereka yang pegangannya semikian rupa.. Pentingnya cinta lantaran ia anugerah istimewa Ilahi untuk setiap hamba-Nya.. Sesiapa yang mendapat cinta akan merasai nikmatnya hidup.. Dan sesiapa yang gagal bercinta akan merasakan kosongnya hidup..

Bukan sekadar manusia dianugerahi rasa cinta.. Bahkan haiwan juga turut bercinta dalam maknanya yang berbeza.. Haiwan juga dihantui rasa cemburu, marah, khianat serta dengki.. Dan unsur-unsur inilah sebenarnya menjadikan cinta sesuatu yang menyakitkan hati, meski pada asal ia suatu yang menjanjikan kebahagian dan kesefahaman buat diri..

Pentingnya cinta kerana ia adalah sumber kekuatan diri.. Demi untuk membuktikan rasa cinta di hati, gunung yang tinggi sanggup didaki.. Lurah yang curam sanggup dituruni.. Lautan yang dalam sanggup diseberangi.. Bahkan terkadang singa yang lapar juga sanggup didepani..

Begitulah hebatnya penangan cinta, tatkala ia mula menyelubungi hati.. Seluruh alam akan kelihatan indah, padahal gelap yang datang menyelubungi..

Cinta bisa mencerahkan yang kelam, malah bisa memberi warna pada yang hitam.. Hebatnya cinta hatta ada orang yang tidak berasa lapar untuk makan.. Demi cinta, nyawa sanggup dikorbankan.. Kerana cinta itu umpama tonik penguat diri, walau terkadang bila kecewa dalam cinta, ia sebenarnya memahitkan..

Namun sayang, sesetengah orang menjadi semakin lemah dek cinta.. Apabila cintanya dirundung masalah atau mati di pertengahan jalan, bagaikan tiada berpanduan laluan hidupnya.. Cinta telah menjadikannya semakin malas untuk berusaha.. Kesedihan pula dipersalahkan kerana menjadi punca terseksanya jiwa..

Hakikat kesedihan, ia adalah benda yang datangnya dari Ilahi.. Sebagai ujian buat hamba-Nya yang dikasihi.. Sekuat dan setabah mana pun manusia, tetap kesedihan akan datang melanda.. Cuma mungkin dalam cara yang tidak sama dan serupa.. Dan emosi pula, sering berubah mengikut situasi yang didepaninya.. Kerana bersedih itu sifat semulajadi manusia.. Tetapi bila terlalu bersedih, ia bisa mencabar tahap waras seseorang manusia..

Ingatlah, bahawa cinta itu penting tetapi bukanlah yang terpaling penting.. Apabila cinta terlalu dipentingkan, yang lain-lain pasti akan kelihatan tidak penting.. Jadikanlah rasa cinta dalam diri, motivasi dalaman untuk membina potensi dan kecemerlangan diri.. Kerana keterbilangan diri terkadang ditentukan oleh rasa cinta.. Namun terkadang, ketewasan juga ditentukan oleh rasa cinta.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts