Saturday, November 26, 2011

Hijrah Nabi Penuh Muslihat..

Dua hari tiga malam gua Thur menjadi saksinya..
Lalu keluarlah darinya rasul mulia..
Ditemani Abu bakar, sahabat setia..
Meneruskan perjalanan hijrah, demi Islam tercinta..

Hijrah dua sahabat ini tidak lagi bersendirian..
Di kaki gua Thur sudah menanti dua orang insan..
Amir Bin Fuhairah ditugaskan mengembala kambing ternakan..
Sedang Abdullah Bin Uraiqit pula, menjaga unta untuk perjalanan..

Haiwan penghuni syurga bernama Qaswa' menjadi buktinya..
Dengan Nabi, Abdullah Bin Uraiqit dibawa menunggang bersama..
Mencerminkan kemuliaan akhlak insan pilihan..
Terbias cahayanya pada Abu Bakar dan bekas hambanya Amir Bin Fuhairah, yang turut sama berkongsi tunggangan...

*****

Pekat malam, unta dipacu menuju ke selatan..
Hatta menyangka musyrikin perjalanan hijrah itu menuju ke Yaman..
Menjadi ia satu muslihat dalam perjuangan..
Meninggalkan si musuh dengan seribu macam persoalan..

Melewati beberapa hari perjalanan penuh resah,
ke arah kanan pula rombongan Nabi berpatah..
Meneruskan agenda hijrah,
dengan menyusuri, persisir Laut Merah..

Musyrikin sekali lagi terpinga mengapa tujuannya negeri Thihamah..
Sedang masih banyak jalan yang lebih mudah..
Tetapi tetap jua jalan berhalangan ini dipilih,
walau ia sekadar untuk mengelirukan arah...

*****

Perjalanan hijrah ini bukan singkat masanya..
Al-'Araj menjadi tempat unta baginda hilang upaya..
Namun kemurahan hati suku Aslam menghadiahkan unta untuk baginda tunggangi..
Memungkinkan Qaswa' dibawa pergi tanpa lagi dibebani..

Perjalanan hijrah suci ini diteruskan lagi..
Sehinga melintasi kelompok manusia yang bertanyakan perihal Nabi..
Mulut Nabi terkunci rapi..
Lantas Abu Bakar menjadi pemecah sepi..

Walau berbicara Abu Bakar penuh bahasa kiasan..
Tetap juga terserlah sifat As-Siddiqnya walau di saat kecemasan..
"Dia adalah penunjuk jalan..."
Inilah zahirnya satu dusta dalam ucapan..
Namun di sebalik kalam pembohongan,
"Baginda adalah penunjuk ke jalan kebenaran..."

*****

Di kota Mekah lain pula ceritanya..
Abu Jahal menjanjikan ganjaran seratus ekor unta buat mereka yang berjaya..
Membawa pulang jasadnya Nabi..
Tak kira hidup,  tak kisah mati..

Para pemuda Mekah berlonjak gembira..
Tawaran ini benar-benar membangkitkan rasa..
Kuda ditunggangi meredah sahara..
Dengan Nabi menjadi mangsa buruannya...

*****

Di perkampungan bernama Qudaidin..
Suraqah Bin Malik pula menerima perkhabaran..
Rombongan Nabi sedang bergerak melepasi Laut merah..
Lalu terbayang di kelopak matanya, seratus ekor unta memenuhi kandang di rumah..

Kuda dipecut penuh kepantasan..
Mendekati rombongan Nabi yang diterik kepanasan..
Gelisahnya Abu Bakar bakal kecundang..
Suraqah Bin Malik kini berada di belakang..

Berdoa Nabi penuh pengharapan..
Menenangkan Abu Bakar yang dirundung kebimbangan..
"Wahai Tuhanku! Cukupkan kami dengan dia sekehendak Engkau.."
Lalu terbenam ke pasir, kuda tunggangan Suraqah tanpa dipalu..

Acapkali peristiwa sama berulang lagi..
Lalu menimbulkan rasa insaf dalam diri..
Berlari Suraqah menghampiri Nabi..
Dan sekeping surat perjanjian menyaksikan Nabi memaafkan ketamakan diri..

Menawarkan Suraqah bekalan untuk perjalanan..
Namun ditolak Nabi penuh sopan..
Mukjizat doa kudus baginda pula menjadi sandaran..
Bahawa satu hari, dengan mahkota emas milik Kisra dia bakal dipakaikan...

*****

Tujuh hari tujuh malam yang dilalui penuh mehnah..
Akhirnya tibanya Nabi di pinggir Madinah..
Berhenti rombongan baginda menghilangkan penat seketika..
Persimpangan antara Madinah dan Quba' tempat rehatnya..

Dikhabarkan kepada penduduk Madinah akan ketibaannya..
Lalu membelok ke selatan menuju Quba'..
Berjarak dua batu dari kota Madinah..
Tercatat juga di sini, satu catatan sejarah..

Masjid yang pertama di Quba' kini tersergam..
Berdirinya ia dalam 'iddah beberapa malam..
Dalam Al-Quran kisah ini dirakam..
Menjadi syiar kemuliaan Islam..

Usai di Quba' ke arah Madinah baginda bergerak ..
Diiringi seratus orang muslimin bersenjata penuh segak..
Menyambut penduduk Madinah penuh gembira..
Sinar Islam kini mula menampakkan cahaya.....

1 comment:

  1. arrayah.info - Umat Islam semakin tidak mengerti Hakikat Hijrah Rasulullah SAW

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...