Thursday, December 15, 2011

Aku Cinta Kamu..

Salam ini ku hulurkan..
Membuka lembaran sebuah perkenalan..
Bilamana bertambah seorang insan ku kenali..
Semakin aku percayakan diri..

Sukar tuk ku temukan insan yang setia..
Sanggup bersama pada tiap ketika..
Kerana bila duka melanda, sering diri bertanya..
"Siapalah yang akan sudi sengsara bersama..."
Sedangkan kala suka pun, sudah banyak yang beriri hati..
Inikan pula di masa aku, susah sendiri..

Tika nasibku baik, aku bak burung yang bebas berterbangan..
Bebas bergaul dengan dengan sesiapa yang ku inginkan..
Namun, bila musibah datang berteman..
Lagaknya tak ubah seperti roda yang berputaran;
yang tidak sudi untuk terus bersahabat dengan keadaan..

Bila aku mula menjauhkan diri, cemuhan dilemparkan kepadaku..
Namun bila aku sakit, tiada yang datang menjengukku..
Bila hidupku berlumur kebahagiaan, banyak yang sakit hati..
Namun bila hidupku berselimut derita, banyak pula bersorak-sorai..

Jika insan seperti ini ditakdirkan tuk ku berjumpa..
Lebih baik menyendiri tanpa sesiapa..
Kerana duduk bersendirian terlebih aula,
dengan keluhan dilontar kepada Maha Pencipta..

Ku cuba membujuk hati..
Agar tenang menempuh perjalanan zaman ini..
Tidak ku tinggalkan orang yang bodoh dengan kejelekannya..
Tidak ku jauhi orang yang mulia walau sedikit kebaikannya..
Namun terus aku di sini, mengharap cinta-Nya..
Dalam perjalanan meniti usia yang bertambah tua..

Aku belajar untuk menjadi seorang pemaaf, serta berlapang dada..
Hatiku lega.. Jiwaku bebas dari bara dan lara..
Tidak sesekali cuba ku tunjuk rasa benci..
Walau berkali sudah, aku disakiti..
Kerana dendam itu berupa penyakit..
Jika terus menjauh, pasti tidak akan terubat..

Umpama anjing yang hina,
masih bisa untuk menunjukkan jalan buat yang tersesat..
Begitu juga sejahat-jahat manusia,
pasti darjatnya terangkat, bila bertaubat..

Oleh itu..

Usah ditinggalkannya,
kecuali keadaan memaksa..
Dan jika ingin pergi jua,
pastikan masih berbelas kasihan langkahnya..
Berpisah dengannya bererti merehatkan diri..
Kerana masih banyak yang akan menjadi galang pengganti..

Tak semua insan yang disayangi,
akan membalas rasa sayang di hati..
Kerna terkadang lebih banyak yang menyakiti diri sendiri..
Kasih suci tak datang dari tabiat..
Maka tiada gunanya rasa kasih yang dibuat-buat..

Usah diserah rasa cinta pada si pengkhianat..
Kerna janji pastikan dimungkiri setelah penat..
Akan ternampaklah segalanya yang menjadi rahsia..
Bila terbenam sudah, sifat pencinta setia..

Jika hilang sudah rasa cinta di dunia..
Berhijrahlah menuju ke seberang sana..
Di daerah itu masih masih ada cinta menanti..
Cinta Sang Kekasih, janji-Nya tidak pernah sesekali dimungkiri..

Aku cinta Kamu, dengan segenap jiwaku..
Mengharap Engkau seiring sejalan bersamaku..
Menjaga namaku ketika hidupku, atau kala maut datang menjemputku..
Mendamba Engkau menemani dalam sukaku.. Juga dukaku..
Jika itu bisa aku dapatkan, aku berjanji untuk terus setia bersama-Mu,
wahai pencetus rasa cintaku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...