Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Jadikanlah Mereka Bak Debu-Debu..

Wahai Allah yang menurunkan Al-Kitab,
juga Zat yang menjalankan awan,
serta Tuhan yang mengalahkan tentera al-ahzab,
menangkanlah kami ke atas musuh Ad-Din..

Ya Allah,
segala kekuasaan-Mu ke atas Yahudi dan para penyokong mereka..
segala kekuasaan-Mu ke atas Nasrani dan para penyokong mereka..
segala kekuasaan-Mu ke atas Amerika dan para penyokong mereka..
segala kekuasaan-Mu ke atas Musyrikin yang ingkar lagi zalim dan para penyokong mereka..

Maka, musnahkanlah serta jadikanlah mereka bak debu-debu yang berterbangan di udara...

Ya Allah,
kurniakanlah pertolongan kepada siapa yang menolong agama-Mu..
dan hadiahkan pula kerosakan kepada siapa yang merosak agama-Mu...

Ya Rahman Ya Rahim,
menangkanlah Islam serta sekalian pendokongnya..
jatuhkanlah kesyirikan serta musyrikin seluruhnya..
tewaskanlah musuh-musuh agama-Mu..
dan bantulah penegak-penegak agama-Mu...

Kerna sesungguhnya,
Islam itu agama yang mulia..
dan tiada yang terlebih mulia melainkan ia...

Saturday, October 8, 2011

Ya Allah Ya Tuhanku..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Engkaulah Tuhan yang telah menjadikanku,
sebagai hamba-Mu..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Akan ku tetap di atas janji-Mu,
sekuasa diriku..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Betapa aku banyak mendosai-Mu,
dalam mengecap segala nikmat-Mu..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunilah aku,
di atas setiap keterlanjuranku..

Kerna sesungguhnya aku tahu..
Tiada yang mengampuni aku,
melainkan dirimu...

Ya Allah Ya Tuhanku..
Sampaikanlah juga ucapan salam serta selawatku,
Ucapan teristimewa buat kekasih agung-Mu..

Kerna sesungguhnya aku mahu..
Disisinya bakal dibangkitkan aku..
Sebesar-besar kurnia-Mu,
terhadap doa kudusku..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Ku pinta dilimpahkan segala kebaikan-Mu..
Pasti kan ku sabar menanti rahmat-Mu..

Peliharalah aku dari kejahatan yang menipu..
Yang tidak pernah ku tahu,
segera atau lambatnya memburuku...

Thursday, September 22, 2011

Doa Pengikat

Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintamu
Bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah (dengan cahayaMu yang tiada pernah padam)
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah Pelindung dan Pembela...

(Diterjemah daripada doa robitah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts